Wednesday, July 8, 2009

ELEMEN-ELEMEN BESTARI

4. KEMAHIRAN GENERIK



1. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT SKILLS)

Apakah yang anda tahu mengenai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi?

Teknologi yang melibatkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk
(Pemangkin kepada pendidikan Bestari).

2.Nyatakan peranan TMK dalam pendidikan?

· TMK sebagai subjek.
· TMK sebagai alat bantu.
· TMK sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
· TMK sebagai alat dalam pengurusan dan pentadbiran maktab/sekolah.

3. Nyatakan cara- cara yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran TMK?
· Tutorial
· Ekspolaratori
· Applikasi
· Komunikasi

4. Terangkan bagaimana kemahiran TMK boleh memberi manfaat kepada pelajar ?

· Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperoleh.
· Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
· Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar
· Memberi peluang pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum.
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
· Meningkat kemahiran TMK.

5. Bagaimana penggunaan TMK dapat membantu guru dalam mempertingkatkan
keberkesanan pelaksanaan P&P di bilik darjah?

· Dapat menjimatkan masa p & p
· Pembelajaran tidak rigid
· Lebih fleksibel



2. KEMAHIRAN MENTAKSIR DAN MENILAI

1. Apakah itu kemahiran mentaksir dan menilai?

Kemahiran menggunakan
· kaedah penilaian yang menyeluruh dan holistik
· mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel
· mengambilkira tahap kehadiran pelajar
· mengambil kira tahap kecerdasan pelajar
dalam proses penilaian.

2. Apakah kepentingan (tujuan) mentaksir dan menilai?

· Sebagai pelengkap kepada proses P&P.
· Untuk mendapatkan maklumat perkembangan, kemajuan dan pencapaian pelajar.
· Untuk membuat tindakan susulan dan pertimbangan daripada maklumat yang diperolehi.
· Untuk mendapat gambaran keseluruhan prestasi pelajar.

3. Apakah jenis-jenis penilaian yang boleh digunakan ?

· Penilaian melalui kontrak pembelajaran.
· Penilaian portfolio.
· Penilaian melalui pemerhatian (observation).
· Penilaian melalui projek.
· Penilaian kendiri
· Ujian dan peperiksaan
· Penilaian dengan menggunakan perisian (Evaluation using Courseware).



3. KEMAHIRAN BELAJAR

1. Apakah itu kemahiran belajar?

Kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.

2. Nyatakan jenis-jenis kemahiran belajar untuk memperoleh maklumat

Kemahiran

mendengar
membaca
mencatat nota
menulis
mengingat
komunikasi
carian (sourcing for information)
teknikal
memerhati
penyelidikan

3. Nyatakan langkah-langkah dalam memproses maklumat

Menganalisis maklumat.
Mentaksir maklumat.
Menilai maklumat.
Mensintesis maklumat

4. Apakah kemahiran – kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat ?

Kemahiran menulis.
Kemahiran persembahan.
Kemahiran ICT.

5. Nyatakan sumber-sumber maklumat

Sumber berasaskan manusia.
Bahan audiovisual.
Sumber berasaskan komputer.
Bahan bercetak.



4. KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Apakah pemikiran?

Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

2. Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti.

3. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana menghasilkan / mencipta idea baru dan mencari makna dan penyelesaian masalah secara inovatif.

4. Nyatakan jenis-jenis kemahiran berfirkir

Kritis, kreatif, membuat keputusan (pilih yang terbaik) dan menyelesaikan masalah menangani sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai matlamat atau keadaan yang diingini).

5. Nyatakan jenis-jenis alat berfikir

Lembaran pengurusan grafik, soalan dan penyoalan, peta minda, Cognitive Research Trust (CoRT I: PMI-Plus, Minus, Interesting; CAF- Consider All Factors; C&S- Consequence and Sequel (what follows; as a result) -kesan mengikut jangka masa; AGO-Aims, Goals & Objectives; FIP- First Important Priorities; APC – Alternatives, Possibilities and Choices; OPV –Other People’s Views).

6. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis

Membanding dan membeza, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, membuat sekuen, menerangkan sebab, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat.

7. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif

Mencipta analogi, menjana dan menghasilkan idea baru, mencipta metafora.



5. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN (FASILITATOR)

1. Siapakah fasilitator?

Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan

2. Apakah peranan fasilitator dalam P&P?

Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Semasa berinteraksi, seseorang fasilitator haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya.

3. Apakah teknik-teknik fasilitator yang digunakan semasa pembelajaran yang membantu pelajar mencapai matlamat pelajaran?

Penyoalan (Questioning)
Percontohan (Modelling) (especially psychomotor performance)
Penstrukturan kognitif (Cognitive structuring): memberi penerangan atau struktur sebagai panduan untuk aktiviti. Contoh: Stories have main ideas. The pieces of any story are related to this main idea)
Memberi maklum balas (Feedback)
Pengarahan (Instructing: example- Think about the main theme of this story)

(Cooperative development)
Memberi perhatian (Attending: mendengar dan non-verbal communication/body language must show what we wish to show).
Renungan (Reflecting: to improve your teaching or determine the sections that require discussion with peers).
Memberi focus (Focusing: decide on focus for discussion with peers)
Penentuan tema (Thematising: to determine relationship between statements or aspects discussed)
Mencabar (Challenging: to ensure that the ideas of the teacher are coherent)
Pendedahan (Disclosing: technique for aiding clarification)
Penentuan matlamat (Goal-setting: helps to decide on the course of action)
Menjejak (Trialling: purpose is to ensure course of action towards a goal be well organized and meaningful in its own right)